JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Sunday, May 20, 2012

Dunia Basikal Tua




Selamatkan Semua Zaman

Bagaikan irama dan lagu

Manusia dan Basikal

Teman Sepanjang Perjalanan & Kehidupan

 Ilustrasi


Semalam

Telah berlalu, namun masih segar di ingatan..... 

Dulu, semalam, tetap sama sahaja,

Itulah basikal, gerek, sepeda bertayar dua.

Apa pun namanya, panggilannya, ia adalah ‘bicycle’.

Basikal menjadi alternatif sebagai kenderaan. Basikal membantu menyihatkan penggunanya. Kita perlu kekuatan tulang empat kudrat untuk menggerakkannya. Berbasikal mampu menyihatkan tubuh badan secara semula jadi. Berbasikal bukan menggambarkan kemiskinan, kemunduran dan nilai nilai kemanusiaan.

 
http://lepak.my/blog/

Hari  Ini

Untuk mengimbangi keadaan semasa 

Kemampuan setiap insan berbeza beza.

Negara Malaysia masih mengekalkan keindahan, kehijauan alam semula jadi. Berbasikal tidak boleh dianggap hanya satu nostalgia.

 
 Le Tour De Langkawi

Berjutaan ringgit dibelanjakan untuk mempromosikan negara di mata luar. Mereka berkayuh kegembiraan sambil merangkul kejuaraan dan hadiah lumayan. Kita hanya menjadi penonton dan berada di tepi, di pinggiran jua. 

Selepas ini kita berbasikal, bukan kerana pertandingan. Bukan kerana kemiskinan. Bukan sekedar untuk menyelamatkan bumi yang kian kritikal. Kita berbasikal kerana kehidupan. Kita berkayuh kerana senaman dan kesihatan. Kita berbasikal kerana sememangnya cara hidup kita. Berbasikal mengimbangi masa yang berlalu penuh keceriaan. 

 

Kreativiti 

Kecanggihan ilmu, pemikiran melayani keperluan hidup.

Ciptaan mengikut citarasa semasa.

Esok

Bermula pada hari ini..... 

Hari ini kita sihat walafiat,

esok kita bahagia dan redha hendaknya.

No comments:

Post a Comment