JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Monday, April 30, 2012

Dunia Permainan Insan & Kehancuran



Dunia Kehancuran Ciptaan Umat

Kerusakan di muka bumi

Manusia ini akan menghancurkan dan merusakan muka bumi. Kejadian syaitan dari api, seolah olahnya lebih mulia dari manusia. Lalu syaitan tidak akan tunduk kepada umat manusia. Syaitan lebih rela untuk menderhaka terhadap Yang Maha Esa dari tunduk mengakui kesempurnaan manusia. Maka, syaitan yang di laknat memohon kepada Allah untuk membuktikan kekufuran umat manusia. Syaitan pun berjanji untuk menyesatkan umat manusia sehingga akhir zaman bagi memenuhi neraka jahanan. Hanya mereka yang beroleh petunjuk, beramal soleh dan menyedari dirinya hanyalah Hamba Allah akan Sujud dan Redha.

Ini hanya versi untuk tulisan ini sahaja.


Dunia Meledak

Kehancuran ciptaan umat manusia


Dunia akan terus bergolak


Libya dalam kenangan..... 

Kini menjadi lipatan sejarah. Bumi Iraq yang menjadi lagenda kebangkitan Islam telah lama lebur. Yang terkorban terkubor tinggal tersemadi buat selama lamanya. Semuanya berakhir dengan penuh tragis dan kesedihan. 

Yang kalah lebur, entah di mana kubur, yang menang terus takbur biar pun makan bubur.

*****
Dunia Merapi


Wedhus Gembel

Letupan Gunung Merapi bukan kerana kegagalan, tidak makbul doa Mbah Marijan. Letusan terjadi kerana sudah tiba masanya. Macam kita merebus air dalam cerek laa. Bila sudah mendidih, wap panas akan dihembus. Terus menggelegak, air pula akan tercurah curah dan kalau masak nasi, beras atau nasi juga akan membuak buak keluar. 

Tetapi, janganlah pula disamakan Gunung Merapi dengan masak air. Aku hanya menyamakan dari satu sudut mudah untuk difahami sahaja. Mungkin juga ada persamaan, kalau kita memasak sup kambing dalam kawah, (bukan ‘kawah’ gunung berapi laa kan) ini kawah tembaga, atau makan nasi kawah (jangan nasi kangkang plak) masa banjir di pusat pemindahan gitu! Kawah yang besar. Bila apinya besar, lihat letusan masakan itu. Bayangkan sup kambing yang menggelegak. Bila apinya semakin membesar?
Namun, ini bukan soal nak buat sup wedhus gembel. Yang aku faham, wedhus tu, kambing, dan gembel kan pengemis. Mungkin ada cerita di sebaliknya. Apa pun, wedhus gembel hanyalah panggilan untuk Gunung Merapi. (kalau tak merapu laa kan!) Tetapi, kalau disengajakan untuk menjadikan bertambah ‘glemer’ sebagai ‘kambing hitam’ atau ‘Wedhus Ireng’ silakan! 

 
Letusan gunung berapi, gempa bumi, tsunami, ribut taufan, kebakaran dan 1001 pemendapan, pemelowapan dunia ini dalam proses mamahan usia. Yaa.. dunia ini kian tua. 

Sebagaimana manusia, yang hidup pasti mati, semua yang ada di dunia ini juga akan pupus dan lenyap di telan waktu. 

Tsunami terjadi bukan hanya sekedar balasan tuhan terhadap umatnya yang ingkar. Tsunami dan sebagainya seperti gempa bumi akan terus silih berganti menguji keimanan makhluknya dalam sujud dan taqwa.
Biarlah hidup ini amat bermakna. Janganlah mati sia sia.

Bumi ini ada segala galanya.


Selepas gempa, tsunami pula akan menyusul. Semuanya telah ditaqdirkan. 



 *****
Dunia Merapu

Peristiwa 11 September 2001


Kecanggihan ciptaan manusia hanya mampu merakamkan segala peristiwa. 

Mempertahankan segala serangan lahir dan bathin? 

Pada dzahirnya, sebagai makhluk yang paling sempurna, manusia selalunya mudah lupa asal usulnya. Kelemahan, kekurangan yang ada bakal dirajai syaitan laknat. 

Kini semuanya tinggal kenangan pahit yang amat getir. 

Mereka menuding jari ke arah Umat ‘M’ yang kononnya dalang disebalik keruntuhan itu.


KLIK Pautan dibawah ini


*****
Dunia Melayu

Letusan di Malaysia, setakat ini, yang paling dahsyat mungkin, kebakaran di gudang mercun. Semuanya tidak sehebat seperti mana di Jakarta, Libya dan yang pastinya mengorbankan nyawa dan memusnahkan harta benda. 

Mereka mereka yang hidup pada hari ini, sebahagiannya, bagaikan mudah gentayangan lantaran bumi yang di pijak tidak rata..... 

Sebahagiannya pula, sememangnya gentayangan, tidak berpijak di bumi nyata.....
Namun, mengapa masih ramai yang gentayangan hilang peduman, menggadai keImanan hanya kerana takhta, harta dan wanita?...

Main baling gas pemedih mata jer! 

 

Dataran Merdeka

Ketenangan, keindahan, keharmonian dan segala kebebasan... 

Semuanya telah berakhir?

Apakah erti kemerdekaan?

Apakah erti kebebasan?

 Apakah erti kemanusiaan dan ketuhanan?

Apa kah erti hidup ini? 

Apakah ertinya semua ini? 

Berapa banyak daa, apakah, apakah, apakah..... 


Malaysia, Oh Malaysia

Semalam telah berlalu.....
Hari ini kian kelabu.....
Esok menjadi mimpi dalam mimpi?

No comments:

Post a Comment