JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Friday, May 18, 2012

Dunia Nostalgia



Dunia Basikal Tua

BADMINTON DAN BASIKAL TUA

Dulu, Kini dan Selama lamanya

Nostalgia

Kecanggihan Berterusan
Merentasi Sempadan 
Usia
Masa

weird and funny bicycles 1 [Gambar Menarik] Pelbagai Jenis Basikal
KLIK

BADMINTON PROFESNAL

Skill, kemahiran pemain badminton kita antara paling ‘class’ di dunia. Pemain kita bertaraf dunia. Kemudahan asas boleh mengasuh pemain berbakat untuk melahirkan jagoan dunia. Apa sahaja berkaitan sukan badminton, Malaysia disegani, digeruni kerana sentiasa di ranking paling atas. Kita tidak ketandusan pemain tetapi kita sering kali ketandusan, kegersangan jagoan untuk menakluki kejuaraan. 

Negara di ranking terunggul, seringkali gagal mempertahankan kejuaraan. Begitulah nasib pasukan hebat di dunia ini. Brazil adalah negara elit juara bolasepak dunia. Para pemainnya berada dalam kelasnya yang tersendiri. Namun seringkali kali kecundang. Kehebatan pemain badminton perseorangan di ranking No.1 dunia tanpa pelapis yang hebat tidak mampu dinobatkan sebagai Juara Piala Thomas atau Pingat Emas juara berpasukan. 

Pingat emas olimpik London 2012 menjadi matlamat unggul Negara Malaysia. Acara badminton menjadi keutamaan dan paling berprestasi tinggi. Namun, aku mengharapkan acara basikal boleh mencipta keajaiban. Waaa, syiok laa, teringat masa aku kecil dulu berbasikal keliling kampung terutamanya masa raya ‘baraan’ laa. Masa tu juara sukan lumba basikal, pemenang pingat emas Sukan Asia Tahun 1970 Allahyarham Daud Ibrahim pun berasal dari Batu Pahat. Aku selalu tengok M Kumaresan berbasikal sendirian mengelilingi daerah Batu Pahat. Lalu depan rumah aku, aku ingatkan siapa dia ni. Orang terkenal, oleh kerana aku tak kenal, ‘no signal’. Apa pun aku pernah juga ngoberol dengan M Kumaresan semasa perkahwinan abangnya dengan awek melayu dan abang Kuma ni memeluk Ugama Islam.



BASIKAL TUA

Itu kisah global. Ini kisah gombal gembel pulak. Masa tu aku darjah 5. Zaman tu Peperiksaan Penilaian lagi untuk pelajar darjah 5, bukan UPSR darjah 6 sekarang. Waa, aku di kira top 5. Kira pelajar yang terbilang laa. Jadi, aku dibelikan basikal sendiri. Second hand pulak tu. Kalau tak silap mata aku laa kan, harganya RM 5 jer. Basikal pompuan. Yang basikal lelaki ada palang bukan batang tau. Mula mula belajar, senang guna basikal ‘lanang’ ni. Sengkang namanya. Dah pandai sedikit mengimbangkan, duduk laa atas palang tu, belum boleh duduk atas tempat duduk. Itu pun kaki masih di atas pedal kayuh separuh jer. Asal boleh jalan, sudah laa.  

 
Tahun 1970, Allahyarham Daud Ibrahim sudah menggondol Pingat Emas Sukan Asia. Aku baru darjah 5. Tengah kemaruk dengan basikal buruk! Orang dah bercerita pasal emas, ke bulan macam Amtrong Tahun 1969. Motorsikal tu golongan kaya. Paling tidak cikgu cikgi. Bila mengajar di kampung, musim hujan, jalan lecak berlumpur, kena naik motor.  Jangan motor, basikal pun bila dah masuk selut, kena tanah merah baru tampal untuk jalan, huwaaa, nangis weeii sepanjang jalan. Bukan apa, penat buang tanah yang melekat kat rem menyumbat kat sepit udang. Baju nak pergi sekolah jadi kotor, basah berpeluh, memang dasar kampungan. Punya terer merer masa tu, lebih sayangkan kasut dari kaki. Sebab, kaki boleh pinjam ‘kaki ayam’. Itulah fatwa pujangga yang sudah di bakul sampahkan. Kalau kasut kotor, nanti bilik darjah jadi kandang kambing. Habis cikgu mengembek sepanjang hari persekolahan. 

Kasut masuk dalam beg plastik. Beg sekolah ikat dengan tali getah yang di buat dari getah tiub basikal. Kalau tiub bocor atau meletup kerana tayar sudah haus/botak, jangan buang, belah buat tali pengikat serba guna. Tiub zaman dulu ni, getahnya bagus, boleh meregang dan kuat mengikat barang. Macam tayar beca Ali Baba bujang lapuk yang meletup tu. Tiub sekarang, harga ojol jer yang melambung. Getah bila di buat tayar, tiub ke, kurang mantul/melambung. Cepat putus bila ditarik kuat sedikit. Sesuai untuk membakar kebun yang tanam semula. 

Orang zaman dulu yang dah bersekolah, tak kisah soal kasut. Setakat kaki ayam, dia orang tu boleh redah semak belukar, hinggakan lalang muda tajam pun boleh dipijak begitu sahaja. Untuk ketenteraman awam di sekolah, kami anak kampungan tak sanggup terganggu dengan masalah kuno begitu. Biar kaki aku babak belur memijak duri sembilu di tepi jalan, yang penting, kasut aku tak basah, selesa dipakai dan nanti tak bacin laa. Malu woo dengan awek cun, anak dara sunti teman sekelas. 

Oleh kerana peredaran masa tidak boleh berhenti, basikal buruk pun kian tua, usang dan bobrok. Basikal ni ada sayap tapi tak boleh terbang. Cuma untuk menahan air hujan dari terus terbang mengotorkan baju. Kalau juara menggondol pingat emas, aku ada basikal ‘gondol’ tau. Bukan Gondola Nite Club, macam kat Wisma Century Taman Abad, Johor Bahru. Masa remaja aku merantau ke Singa pork, tapi aku duduk menyewa di JB. Kawan aku band boy, jadi ‘residen artis’ kat gondola tu. Nak tau, siapa dia? A. Ali gitarist kumpulan Kembara. Tapi, aku kawan dan duduk serumah dengan drummer dan basist kumpulan itu laa kan. A. Ali ni macam suka suka jer join dia orang. Tak glem kot. Masa tu, A. Ali ni, orang Stulang Laut, Kampung Pak Wali, tempat abang aku duduk. Kawasan setinggan beb. 

A.Ali ni memang hebat. Pernah join Sweet Charity. Bila keluar sahaja album Kembara ‘Hati Emas’  wow, meletup letup macam tayar basikal tua aku laa kan. Kehebatan A.Ali dengan Gitar Utamanya, S.Sahlan dengan suara emasnya dan teraju utamanya M.Nasir yang tak berapa suka dengan irama dangdut. Masa tuu laa kan. Ntah sekarang ni? Apa yang aku tahu, nama sebenar  A.Ali ni, kurang glem. Ala, dah lupa pulak nama sebenor dia. Bila S. Sahlan bersuara lantang gemersik, ntah apa lagi terasa kecil hati monopoli M. Nasir, lalu keluar laa dia dari kembara. Selepas album kedua ‘Perjuangan’, S.Sahlan buat album sendiri. 

Sebagai pemain gitar terbaik dalam zamannya. Setaraf Ritchie Blackmore Deep Purple, bila berpecah lahir laa pulak Rainbow. Begitulah A.Ali, yang dikatakan lebih mirip dangdut iramanya, biarpun rocker yang dah terlewat di zaman kemuncak rock kapak, akhirnya melahirkan ‘Pelangi’ bersama John Goh. Rock pun, tapi iramanya tetap kemelayuan noooo! Waaa, lepas tu, tree laa kan! Tree? Pokok? Laa, habis laa kalau pokoknya ditebang? Ini sebahagian kisah aku waktu muda zaman rock kapak. Sekarang dia orang semua dah mula beralih arah join politik laa pulak. Aku pun aktif jugak dalam politik ni. Sila KLIK

 


Itu cerita gondola nite club. Ini cerita gondol, basikal aku yang gondol atau togel. Bukan kaki sondol tau. Macam gambar di atas, itu dah di kira advance. Cuma, tentang togel, tanpa sayap, carier, brek, mirip laa basikal tua aku. Handle aku masih standard. Sebab belum ada orang buang stering kereta. Macam kawan tu, dia pasang stering kereta kat basikal dia. Tapi, seksa laa kan, berat. 

Basikal gondol = tanpa brek angin, brek tangan, takde brek! Takde sayap untuk terbang. Bukan sayap, abu sayap. Basikal zaman tu, penting semua keadaan. Bila hari hujan kalau takde sayap, habis basah, air berpusing ikut tayar depan belakang. Takde peti untuk melindungi rantai dari cepat karat lalu mudah putus. Tak pun, nanti orang curi buat ngukur kebun. Zaman tu,  ukuran ikut batu, rantai, ela, kaki dsb. Aku tak kisah pun, kalau 1 rantai = 66 kaki. Yang aku terbayang, bila di sebut 1 rantai = panjang rantai basikal tu laa kan. Kalau orang tanya, berapa rantai dari rumah engkau ke sini? Selamba jer aku jawab, 1 rantai. 

Lepas ini, kita akan terus mengembara, bergelandangan, berpetualangan dan apa sahaja dalam keamanan, keharmonian untuk sebuah kehidupan yang sempurna. Buat semua pemilik blog basikal, maka dengan ini aku minta izin untuk link dalam blog ini. Kalau ada yang marah, tak puas hati ke, sila belasah aku dalam komen. Kalau suka, naik basikal tepok tangan! Tang ni, yang aku masuk parit bila kawan terlanggar belakang semasa aksi lagak ngeri lepas tangan. Masa tu baru darjah 6 Tahun 1971. Berita terkini, basikal tua menjelajah Malaysia 2500 km KLIK

 

Haa, macam ni laa basikal tu. Basikal pompuan. Bila adik aku, pompuan laa kan, dah boleh bawa sendiri. Baru laa aku dapat basikal jantan. Sebiji macam di atas tu. Advance rupanya. Bukan advance sahaja tapi memang fesyen sepanjang zaman. Zaman dulu, pasal aku anak orang miskin, adik beradik ramai, tak mampu pasang asesories. Kini, basikal seperti tu rupanya di gunakan oleh jagoan dunia. Bezanya, teknologi, bahan yang di gunakan, ketahanan dan yang penting ‘branded’ bukan lefthanded, ewah, bukan second hand. 

Nak buat cerita lawak laa kan. Basikal gondol aku tu, tak boleh bawak laju laju. Takde brek. Brek original. Pakai kaki tapi mesti berkasut, tempel kat tayar belakang, seeeeeeet! Lama lama tapak kasut aku macam longkang, cepat pecah, berlubang, berangin weeii. Tapi tapak kasut dulu, getahnya bagus woo. Loceng pun takde. Pun original jugak. Bunyi macam lembu, sensitif tau. ‘Hoi, nak mampus ke?’ haa, ni original, sampai sekarang evergreen dan untuk selama lamanya sampai jadi kenyataan! 

Takde lampu. Bapak aku pasang lampu jugak, tapi pelita pakai minyak tanah. Cucuk kat tempat lampu tu jugak, siap tempah tuu. Mancis atau gesek, bapa ku smoker jugak, bukan smoke on the water macam aku kena tipu dengan kawan aku tu. Menoning aku sehari, lalok, nasib baik tidor dan sampai pagi. Bila sampai surau, lebih kurang 1 batu jer jauhnya, agaknya sepuluh kali kut dia pasang balik pelitanya. Kelajuannya, jalan kaki langkah panjang, berlari anak ke, gerenti sampai dulu. Lampu basikal pakai delmo, kata orang kampung aku. Delmo tu berpusing ikut tayar, terang macam letrik jugak. Memang letrik pun. Sekarang di panggil jana kuasa. Sape yang reti tolong ceritakan. Maaf laa, aku belum berkesempatan untuk melayari semua blog basikal. Apa pun, terima kasih kepada blog NBT (Nostalgia Basikal Tua) yang baru jumpa bila tanya google. 

Tayar pun botak! Tu yang laju semacam. Apa pun, sehingga kini dan bermula kembali, selain warga vietnam, myamar, bangla dan warga malaysia juga bakal berbasikal kembali. Nak kata minyak dah di sedut habis, tak tau laa kan. Namun, yang pasti, bila berbasikal, tak kena saman, tak bayar tol, takde cukai jalan, free parking, minyak semakin mahal kut! Mungkinkah insurans kenderaan makin mahal? Kemalangan sukar dielakkan? Kerejaan akan buat alternatif untuk penunggang basikal dengan laluannya sendiri. 

Perjalanan jauh, Highway Star, opocot! Highway PLUS, jalan jalan utama  hanyalah untuk penghubungan kenderaan empat roda. 

Keutamaan buat penunggang basikal, untuk senaman, walaupun menonggeng bila nak memecut, itu bukan lgbt (lenggang goyang bontot tonggeng) atau protes perbandaran yang kotor. Bukan protes bersih. Jadi, kalau nak kutuk tunjuk ponggong secara berhemah, sopan dan susila, kita tonggang basikal depan orang yang kita benci. Orang tak kisah, kita pun tak susah, orang tak belasah. 

Apa pun, seandainya pasukan Lumba Basikal Kebangsaan mampu mencipta keajaiban, kejutan dalam Olimpik London 2012 dengan menggondol Pingat Emas Pertama negara, pastinya basikal akan menjadi pujaan untuk selama selamanya. Maka meriah laa Malaysia dengan sistem berbasikal. Negara maju, tapi guna basikal. Jadi, BN tak payah sibuk sibuk nak control harga siap subsidi, untuk menurunkan harga petrol. PR kalau kekal membangkang pun tak payah risau, sebab minyak akan turun harga. 

Memang sudah popular pun. 

Negara akan menjadi pusat rekreasi. Kita boleh ubah demi kesejahteraan rakyat. Jalan jalan tertentu akan di tutup pada waktu siang dan berjadual. Semuanya agar pengguna berbasikal dapat berkayuh dengan aman. 

Yang penting, pembaziran, pemborosan dapat dikurangkan. Tak tau pulak sape yang untung?


BADMINTON

Sukan yang aku minati. Paling mudah nak buat gelanggang. Tak payah bersimen pun boleh. Kat sekolah, gelanggang badminton pun ada. Itu laa sebabnya, jagoan kita tu hanya bertaraf kampung jer. Sekarang, kita sudah jauh ke depan, mengepalai pertandingan. Bukan menguasai lalu menjuarai pertandingan. 


Kalau betul apa yang diperkatakan simamat ni tentang badminton kita, memang memualkan laa. Rupa rupanya, sabotaj ni, memang tidak mengenal hukum. Jatuh bangun itu adalah lumrah dalam kehidupan. Motif sebenar menjadi misteri. 

Siapa pun yang mewakili negara dalam sukan, semangat kesukanan merentasi masa, adat dan usia. Matlamat untuk memenangi Pingat Emas pertama Sukan Olimpik mesti direalisasikan. Lagu Negaraku mesti berkumandang di arena sukan antarabangsa. 

Dalam Meniti Usia Senja
Semuanya bagaikan baru bermula
 Sumber Ilham Ku
 
SALAM PERKENALAN
SALAM KEMAAFAN SEBAGAI MANUSIA YANG TIDAK SUNYI DARI KESILAPAN
INSAN DENGAN SEGALA KELEMAHAN

No comments:

Post a Comment