JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Saturday, February 26, 2011

BLOGGER SYOK SENDIRI!

HIDUP INI AMAT INDAH
HIDUP INI CUKUP INDAH BILA BERTEMAN!
Di samudera luas, makhluk ini dijadikan berpasang pasangan.....
Pembaca blog kini telah berprestasi menurun. Penggemar internet lebih berminat ke FB. Twitter dan seumpamanya. Penulis blog sudah mula menggemari N3 yang ringkas dan padat. Mungkin cukup hanya video. Apa sahaja asalkan ada N3 yang bersesuaian. Yang penting, blog yang telah diwujudkan tidak terbiar, ianya perlu diuruskan dan diteruskan. 

Apa apa sahaja, yang kita fikirkan sesuai, betul dan berfaedah, teruskan. Ingat, cerita Luqman Hakim? Kisah keldai, seorang atuk dan cucunya? Aku rasa, biar apa pun yang aku ceritakan, ianya tidak akan lari dari konsep asal. Manusia yang dikeldaikan atau keldai yang dimanusiakan! Biar aku ulang cerita ini.
  • Ketiga tiga makhluk tersebut jalan bersama sama. Penegur itu mempersoalkan mengapa sanggup macam keldai kerana berjalan bersama sama. Sedangkan keldai itu untuk tunggangan.
  • Atuk dan cucunya pun naik keldai tersebut. Penegur seterusnya pula mempersoalkan mengapa tega mengenderai keldai yang tidak sepatutnya, kecil dan adakah tidak mengasihani?
  • Turunlah atuknya, biarkan cucunya menunggang, sambil dia berjalan bersama keldainya. Penegur ini pula mempersoalkan, mengapa cucunya tidak menghormati atuknya yang sudah tua?
  • Turunlah cucunya, lalu atuknya pula mengenderai keldai. Cucunya jalan bersama sama keldai tersebut. Penegur ini mempersoalkan, mengapa seorang atuk tidak mengasihani cucunya dengan membiarkan ianya berjalan macam keldai?
  • Bosan dengan segala teguran. Atuk dan cucunya pun terus mendokong keldai tersebut. Lalu keldailah pulak yang menunggang manusia. Aku ingat sampai setakat ini, semua orang akan terdiam. Masing masing tentunya 'naik hairan' kan! Siapa yang akan menegur lagi?
Jika anda ingin kisah selengkapnya, carilah sendiri. Cerita ini sudah biasa pun. Cuma komen anda mungkin luar biasa, agaknya. Kesimpulan kisah tersebut, jangan kisah dengan apa sahaja teguran. Yang penting anda tahu nak menjawab. Tetapi, mengapa kisah ini juga sering berulang ulang dalam kehidupan manusia? 

Siapa yang tidak suka menegur? Siapa pula yang suka ditegur?

Hidup di dunia ini, indah bukan? Bermacam macam ada!

Itulah kelebihan kita sebagai umat manusia.

Indah dan cukup indah kehidupan ini.

Pandai pandailah kita memahami keindahan hidup ini.
Pandai pandailah kita menyesuaikan dengan masa dan keadaan.



Sunday, February 20, 2011

TEKNOLOGI CANGGIH POLITIK SELEKEH?

DUNIA TANPA SEMPADAN?


Dunia automotif bagaikan peluru mewarnai 'highway to heaven'.
Seluruh dunia elit berlumba lumba mencernakan kemewahan dalam keselesaan.

Formula 1, Lotus dan seumpamanya di Malaysia mula terpinggir dengan sendirinya.
 Kehebatan dunia automotif terus berkembang dan mengembang.
Di Malaysia ini pun tidak kurangnya kehebatan dan kepakaran.

Namun sayang sayang seribu kali sayang.....

Mat Rempit! Samseng Jalanan? King of The Road!
Kalau tak kena saman, mati konyol di jalanan.....

Politik apakah sedang dipertontonkan sekarang ini?
Guling guling diatas jalan, demo macam monyet, buat dulu baru fikir..
Perebutan kuasa dan harta rakyat sewenang wenangnya.

Cilaka cilanat, orang Melaka tak sunat!

Inilah dia pengkhianat.

KM Paling Racist dalam sejarah.

Lihatlah caranya bila berkuasa.

Kaum cainis pasti menyebelahinya. 
Namun kerana politik pas atas nama isle juga tidak segan silu untuk menjadi tonggangan biaDAP.

Kah! Kah! Kah! Sih! Han!
Cukuplah dengan mainan politik murahan kaum biaDAPas.


Inikah dunia politik kita?
Beginikah pemimpin yang terpilih menerajui negara?

Kita dianugerahkan akal, fikiran dan ilmu pengetahuan.
Gunakanlah sebaik baiknya untuk mencernakan maya ini.


Buat masa ini, aku seronok kerana perasan tahu menulis.
Tapi kalau setakat dibandingkan dengan totok pas, aku rasa lebih baik aku buat lawak bodoh jer. Tak pun tibai jer secukup rasa. Kalau setakat fitnah, khianat, haprak dengki ke, ops, hasad dengki! Sebenarnya bukan ada apa apa pun kehebatan parti pas ini. 

Cuma sebagai manusia biasa, kita ada kelemahannya yang tersendiri.
Contohnya, kita mudah melatah, melalut, tak reti berbohong tapi pembohong!

Thursday, February 17, 2011

KAMERA BERHARGA 300 JUTA

HAYALANKU TIDAK BERTEPIAN.....
Kira kira takde harga la gitu!
ss - suka suka syok sendiri

Kalau aku ada kereta macam ni, nak buat apa?
Nak melawat kawasan DUN. Tempat tapak projek. Enjoy sakan! Shooting filem. 
Kalau shooting filem Madu 4, kira o.k jugak tu. Aku aktor, director & producer.

Nak berlagak melawat DUN. Tiba tiba hujan lebat, banjir macam kat Tenang tempohari! Banjir luar dalam bro! Memang padan muka. Tapi kalau boleh jadikan bot laju, boleh jugak hantar pengundi, hantar bantuan dan rondo ronda kawasan banjir kooot!

Macamana pun, kalau aku yang pakai, boleh giler beb! Bukan giler apa pun. Giler nak bayar saman. Asyik asyik speed trap borang sampai.

Yang aku serik kan, kalau ada demo kat depan. Mana nak lari. Jam jugak tu. Cuba bayangkan kalau ada puak pendemo itu gunakan siling lima sen sompek buat goresan dan menang sekeliling kereta? Kalau ada sungai boleh tukar jadi motobot, takpe jugak. Tak pon pasang kipas kat atas jadi heli. Suka hati kau la!

Kalau dah pakai kereta mahal, macamana kita cuba kamera ini pulak!

 Kamera Leica M 9
Harga nya Rp 300 juta = Malaysia RM 100,000

CERITA LEBIH LANJUT KENA KLIK SENDIRI

Nampak jer, macam murahan. Bukan RM 300 juta beb! Rp laaa. Tapi RM 100 ribu tu kan lebih mahal dari MPV! Aku tak berminat nak membeli pun. Kalau dapat hadiah atau pun jumpa terapung kat air banjir, servis maaa. Tapi tak berani pakai, sebab cuma ada 500 unit sahaja. Terhad dan pemilik sudah search, ada nama lagi dalam guiness book. 

Yang aku pelik tu, ada jenama HASSELBLAD berharga lebih kurang RM 150 ribu. DSLR. Mesti ada keistimewaan yang tersendiri. Aku baru teringin nak pakai Nikon D 7000 DSLR. Macam bagus jer! Harga cuma RM 5000 dan aku anggap yang paling mahal boleh aku terbeli agaknya. entah mampu beli ke tidak? 

Sepanjang pengalaman main kamera, hobi dan minat bidang senifoto ni, amat unik!

Setakat untuk menghasilkan foto foto PRK, perhimpunan halal ke, haram ke dan foto pengantin atau amatur katanya, melambak lambak kamera boleh dipilih. Siap boleh hutang, bayar ansur pakai kad kredit la! 

Aku terasa amat sedih bila teman yang bernama 'minak jinggo' dihalau semasa bertugas Majlis Maulidul Rasul Peringkat Kebangsaan. Sebagaimana di SINI
 Petugas keselamatan yang tidak memahami kreativiti dan seni kreatif.

Tapi bagiku kan, hasil seni foto kreatif yang amat bernilai adalah gabungan seluruh kehebatan daya fikir dan  imaginasi.

Itu lah nilai sebenar sebuah kamera. Bukan sahaja pada jenamanya. Jenis kanta yang membuatnya. Kelasakkan kameranya dan kreativiti juru 'klik' nya. 
Gabungan semuanya barulah boleh menghadirkan, melahirkan FOTO yang hebat.
Bagaimana pun, aku tidaklah sehebat mana dalam dunia seni fotografi ini.....
Kita boleh bincang lagi. o.k. set!

O.k Blog JayBosS cerita 'kahwin'. Dalam proses edit!

Peminat Dunia Seni Foto

Tuesday, February 15, 2011

Hari Kekasih Iblis

DUNIA KIAN BEBAS

DUNIA AUTOMOTIF SEMAKIN KELAS
Kalau kereta kita jenis begini, agak agak kekasih kita gimana ya?

Aku dilahirkan, bersekolah orang putih, dekat pasir putih. Tapi aku bersekolah kebangsaan dekat air hitam. Boleh ke, mampu ke jual b....t nak pakai bentley? Dalam mimpi pun takde jugak! Takpe lah dalam internet lagi 'gerek siiii'.

Dunia ini dijadikan untuk siapa? Untuk apa? Mengapa?

Sebab itulah, manusia semakin gila, semakin canggih, semakin gigih, paling tidak pun tersengih...

Hari Kekasih Iblis di dalam blog


Terima kasih diatas segala keprihatian anda!!!!

Tolong pautkan blog ana lah


TQ. TQ. TQ. TQ. TQ. TQ. TQ. TQ. TQ. TQ. TQ. TQ. TQ. 

 jadi followers o. k.


Sunday, February 13, 2011

JayBosS - BLOG JOOM BELASAH

PEMINDAHAN PENULISAN BLOG POLITIK
Masjid Kristal

Assalamualaikum

Terima Kasih kepada semua yang melawati dan membaca blog ini.
Pertama sekali, ana memohon ampun dan maaf kepada ente semua.
Ana tidak berpengalaman dalam pengendalian blog sebegini.
Ana sendiri tak tahu nak mengendalikan semua kemudahan yang disediakan google.

Apa apa pun, terima kasih kepada semua follower.
Penghuni Gua, Aspirasi, Feyca Maria, Alahai SiLuncai, MPP

Mohon selepas ini linkkan blog ana. 

http://joombelasah.blogspot.com/

Ana akan mencuba mengisi sebaik mungkin untuk menjadikan blog ana memuaskan hati. Susah juga hendak menjadi penulis blog ini ya!

Blog Malaysia. Semalam. Hari ini. Esok akan mengisikan diisi dengan artikel artikel yang lebih menarik bersesuaian dengan tajuk blog ini. Tungguuuu!

Ana sayang dengan namanya, semakin hari semakin sayang. Malaysia.
Wow! Perasannya. Syok sendiri la tu. sukalah!

Untuk meladeni dunia politik yang menggairahkan, ana telah melahirkan blog yang sesuai untuk melepaskan segala ten sen.
Sila klik blog ana ini




Friday, February 11, 2011

Misteri Azan 4

ISLAM ADALAH SEGALA GALANYA

ALLAH YANG ESA

PERJALANAN KEHIDUPAN
******************************************************************
KEMBARA KEANGGUNAN

KEUNGGULAN AZAN

Mendengar laungan suara Azan, bergema dan memecah kesunyian di waktu pagi, amat menenangkan dan keredhaan mengiringi perjalanan kehidupan hari ini.

Azan akan terus berkumandang. Menyeru Umat Muslim menuju kejayaan. Menyeru Umat Muslim menunaikan kewajiban Lima waktunya. Peringatan demi peringatan Allah turunkan. Banjir, rusuhan dan seribu satu bencana silih berganti diantara waktu dan tempatnya. Setiap tempat dan lokasi dengan berbagai bagai punca serta sikap biadap angkuh manusia itu sendiri.

Sebahagian penduduk di Malaysia, digenangi air bah. Kedinginan diiringi kerusakkan harta benda. Di Mesir meneruskan kebejatan penggulingan presidennya. Nyawa tidak berharga lagi. Hidup penuh penderitaan. Mati pun berterusan siksaan. Di Indon pula muncul agama baru. Gereja diserang. Semenanjung Korea menunjukkan belang dan taring. Thailand dan Kemboja berebutkan warisan. Tunisia? Lagi, berapa banyak? 

Manusia terus menuntut hak, adil dan yang penting demi kehidupan. Mungkin perjalanan kehidupan ini masih terlalu jauh. Masih banyak lagi yang perlu dipertahankan. Masih bersemangat memperjuangkan segala  keperluan, keduniaan. Yang pasti semua manusia di dunia ini, bangkit dari tidurnya akan berjuang dan terus berjuang.....

Sebahagiannya dengan kesengsaraan. 
Namun sebahagian juga terus leka diuliti kesombongan.

Mendengar Seruan Azan, matahari mula condong ke barat, Dzuhor sudah tiba rupa rupanya. Kita berehat seketika. Sujud kepada Yang Maha Kuasa. Hampir sebahagian hari ini telah dilalui.....

Bagi Umat dan Negara Islam yang memahami dan mengerti tentang 'valentine day' sedaya upaya menghindari umatnya terjebak. Kaum Kristian menjadikannya perayaan berkasih kasihan. Generasi muda bagaikan kehilangan peduman. Dimana ada 'syurga' di situlah 'tuhannya'. Amat malang sekali, parti yang memperjuangkan Islam kononnya terjebak dalam keserakahan nafsu untuk berkuasa.

Haiwan sendiri tahu untuk berkasih sayang. Menyayangi anaknya. Mengapa Manusia tergamak membinatangkan dirinya? KLIK Mungkin hanya sebahagian binatang yang tidak berperi kebinatangan. Namun sebahagian manusia juga yang berakal, berilmu dan beragama Islam tetap berperikemanusiaan.

Seketika, Azan berkumandang lagi. Telah masuk waktu 'Asar. Empat Rakaat ditunaikan. Hari ini hanya tinggal suku sahaja. Mungkinkah kita dalam kerugian?

Suasana petang masih bermentari lagi. Mungkin disana sedang bermandikan hujan dan air banjir. Tidak cukup itu, masih ada yang tergamak memercikkan darah merah. Membangkitkan kemarahan. Menanti senja melabuhkan tirainya.  Seketika membaca di Negeri Selangor. Rahsia disebalik rahsia. Mungkinkah rahsia yang separuhnya, sebenarnya bukan Khalid gagap MB Selangor? Depan semua rakyat, inilah pemerintahan PR di Selangor. 

Hari semakin petang. Kerajaan PR di Selangor ni, sudah lama ke belum? Masih belum cukup balun? Bukankah lebih mudah, 'bubarkan dewan'? Apa, bubarkan dewan pun perlu 2/3 ke? 

Azan Maghrib berkumandang dikecerahan awan barat, di kaki langit. Seketika jua, malam akan menjelang. Hari ini telah dilalui sepenuhnya. 

Didalam kita melayari internet, serata dunia telah dilawati. Mungkinkah hari ini, sehari melayari internet? Hampir seluruh berita di dunia ini telah dibaca. Sebahagian berita semalam. Sebahagiannya juga hari ini. Tetapi kebanyakkannya, apa yang telah dibaca dan dilawati adalah berita semalam. Cerita semalam. Kisah semalam. Diktator dulu. Pembangkang dulu. Bencana di zaman dulu. 

Sekarang kita sedang berada di waktu Maghrib. Singkat dan sebenarnya hanya seketika kita bersujud kepada Yang Maha Esa. Masihkah kita memikirkan hari esok? Apakah itu esok? Kemanakah arah dan kiblat kehidupan kita? Apakah kita masih tercari cari? Ops piramid 2 akan diteruskan jika perlu. Demo pas tak tahu sampai bila. Semakin merapu adalah! Demi kuasa, hari kekasih pun jangan dilupa. Pakatan PR ni, hanya berkasih sahaja selama lamanya. Ulangtahunnya mudah le, 14 febuari. 

Rupa rupanya masih terlalu ramai yang tidak pernah puas dengan hari ini, sebelum datang hari esok yang sakit! Esok tidak pernah menjanjikan keindahan hingga ke petang. Dunia ini sentiasa berputar. Putaran masa yang dipertontonkan oleh jam dinding adalah 'benar'. Kalau sengaja anda putarkan lebih setengah jam ke, habis bateri ke dan anda telah tertidor untuk selama lamanya? Azan tetap berkumandang tepat pada waktunya.

Azan dilaungkan buat kali ke lima dan terakhir pada hari ini. Solat Isyak akan mengiringi tidor kita. Itupun jika anda memilih untuk berehat lalu tidor. Jika masih hendak menghadap PC, berdangdut ke, mesyuarat AJK dan suka hati anda hendak mencorakkannya. Malam masih muda katakan!

Esok sedang menanti. Untuk siapa? 

Patutkah kita menanti hari esok, berjaga sepanjang malam? Tak kuasa aku! Bila dah jumpa bantal, tak tau nak belayar di arena mimpi pulak! Sudah penat seharian main internet. Malam bermain dengan mimpi! Esok kalau tuhan masih sayangkan kita, kita akan bangun lagi. Sepatutnya seruan Azan ini mengiringi anak yang baru dilahirkan. Bukan dicampakkan sewenang wenangnya macam kotex.

Kebiadapan manusia yang beragama lain, semuanya berpunca dari pemimpin dan ahli pas yang sesuka hatinya menghina agama, bangsa, tanah dan air orang melayu ini. PKR yang sememangnya parti cap 3A sepenuhnya membenarkan pemimpin dan ahlinya menginjak injak agama Islam. Kini UMNO adalah musuh kepada semua manusia yang gilakan kuasa, takhta dan harta di Tanah Melayu ini.

Malam sememangnya untuk tidor. Oleh itu menafaatkanlah sepenuhnya. Bagi yang terpaksa berjaga malam, maaflah ya, siang anda boleh tidor. Jika sempat, solat tengah malam. Kalau tidak, tunggulah sehingga.....

ITULAH SERUAN AZAN!
Membezakan kita dengan lain lain umat manusia.

Bagi insan yang tidak mengerti dan menghayati kekuasaan Penguasa Semesta Alam, tentunya merasakan suatu gangguan dalam tidornya. Jika kita sendiri asyik memikirkan keduniaan, pastinya masa ini dilalui dengan begitu pantas sekali. Apa apa pun, anda sendiri yang mencorakkan kehidupan anda. 

Mungkinkah seruan azan perlu diperlahankan atau dipertahankan? Pertikaian adalah disebabkan bacaan Al-Quran sebelum masuk waktu. Jika speaker terlalu lantang, lalu max volume, mungkin bacaannya tidak jelas dan lebih menyakitkan telinga. Bagi orang yang tidak beriman dan kaum kafir tentunya mengganggu keselesaan tidornya. Wajarkah bacaan ayat suci diperdengarkan sekuat kuatnya hingga mengganggu?

Sewaktu seorang muslim sedang solat, kita tidak dibenarkan meninggikan bacaan ayat suci Al-Quran atau suara kita hingga mengganggu solatnya. 

Azan Wajib di kumandangkan sekuat kuatnya dengan jelas!

Bercerita tentang kemungkaran, seolah olahnya berkemuncak pada 14 febuari. 

Pada tahun 2011 ini Sambutan MaulidurRasul jatuh pada 15 Febuari. Maka dengan itu, terjaga kita dari tidor, hari hari yang penuh penyiksaan, bangkitlah umat Muslim sempena kelahiran Nabi Besar Junjungan kita ini.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432 H

Mudah mudahan Allah merahmati kita.....





Tuesday, February 8, 2011

MISTERI CICAK

Foto hiasan sumber inspirasi biasan
Makhluk yang hidup dalam habitatnya.
Mungkinkah manusia juga dalam proses menjadi sepertinya?
Kisah 'Misteri Cicak' tu ada kat bawah ...
kita cerita bab politik dulu!

PERJALANAN KEHIDUPAN
******************************************************************
KEMBARA KEANGGUNAN

 DEBAT! DEBAB!!
 Orang kata! Manusia asalnya dari monyet. Itu dia lah kan!
Monyet itu asalnya dari manusia. Aku percaya, cuma... monyet yang mana?
Siapa monyet dan monyet itu kenapa?

DEMO, DEBAT! 

Itulah politik tanah air kita pada hari ini. Makhluk Pas ini sibuk nak berdemo ala Mesir.  Seboleh bolehnya nak berkuasa, merampas takhta dan mengumpul harta. Mengapa begitu lantang macam binatang? Sama jer dengan makhluk seperti foto diatas. begitu bangga dan megah mempertontonkan kebodohan dan ke'malu'annya? Itulah kata pariah sirayer adun penang!

Apakah dengan berdebat, menyelesaikan perbalahan jebat? Bukankah semuanya itu serupa sahaja musibat, saja nak jual ubat? Kesalahan apakah yang telah dilakukan oleh Tuah? Macamana pula dengan Jebat yang dituduh menderhaka?  oooouuuuuuu!

Apa apa pun baca dulu tulisan zul4kulim

 Jebat hendak membela Tuah. Sedangkan Tuah hendak menyelamatkan negara. Tuah tetap bertuah lantaran perjuangannya demi agama, bangsa dan tanah air. Jebat membela ketidak adilan, berdemo kot, beraja dihati ke, untuk dendam kesumatnya laaa. Masing masing ada kebenarannya yang tersendiri bukan! 

Tepok dada!! Laaaa, pekong penuh di dada rupanya.....

SUMO, SEBAT!!

Gusti ala Jepun yang popular. Saja nak beradu kekuatan. wwe. Pertunjukkan ala sarkas jer! Bukan ada apa apa pun. Saja nak kutip duit tiket. Bilion beb! Jadi tak salah, kalau ada parti serbanika nak sebat derma orang ramai kan! Kalau aku kan, buat 'parti geni' tiga hari, tiga malam, tiga dol, macam pr weiii! Aku dengar boleh 'kebal' tau. Tapi kan, aku lebih percaya kalau tambah bebal! mungkin jugak boleh dijadikan 'tumbal'. 

Apa pun, semuanya itu persoalan gombal!

Antara lawak antarabangsa, ciptaan kaum berok ala pas. Sandiwara murahan, arahan pemimpin gembel. Semuanya untuk menagih simpati rakyat. Memalukan atau memualkan? Jawab ler sendiri! Tidak mustahil, selepas PRU 13, kalau pr menang, negara huru hara, haru biru, rakyat akan berdemo macam kat Mesir sekarang ini! Jangan salah pilih! Pemimpin bertukar ganti, pilihlah yang bertamadun bukan macam pr jahiliah!!!

******************************************************************
MISTERI CICAK
Cicak yang menggamit persoalan dan misteri alam

Antara cerita paling popular! 

Kisah ini sebenarnya ada kena mengena dengan kehidupan kita hari ini.

Boleh percaya? Antara amanat orang tua dulu la kan. Kalau dapat tangkap cicak, 'sembret' atau koyakkan jer, mulutnya. Menyiksakan! Lebih baik terus bunuh sahja. Bagi makan kucing ke, atau bagi makan ikan haruan dalam kolam atau aquarium. Kawan kita tu, kaki pancing 'unjun' untuk menangkap ikan haruan di sungai. Cicak hidup, masih bernyawa, kesakitan di cucuk kat mata kail. Bukan nyawa ikan lagi. Memang buat makan ikan pon. Campak, lalu gulungkan, pemutarnya macam berjalan, lalu mengundang minat ikan haruan untuk menyambar. Cekuppp! Burrr!! seronoknya... 

Mana sama cicak kat Mesir dengan cicak kat Malaysia? Cicak yang kurang ajar tu dalam gua kat Arab sana, macamana cicak kat Malaysia dan dimana sahaja menjadi mangsa? Itulah antara kisah dimana, seorang teman, penyokong pas, memarahi aku kerana sembretkan mulutnya. Mana ada kena mengena dengan pahala membunuh cicak begitu?

Persoalannya, aku memang marah sangat dengan cicak. Tidak kira dimana, kat Malaysia inilah, celaka punya cicak, habis songkok aku diberakkan. Aku terlupa nak lipat sejadah, nak cepat la katakan. ek-eleh, tau tau dan ada taik cicak. Nak masuk ke bilik air, dalam besen, pun ada taik cicak. Nak minum, pun ada taik cicak kat bibir gelas. Diatas meja, hai dalam kereta pun ada. Sampai Masjid, pun ada jugak taik cicak kat carpet dan dimana sahaja asal ada lampu, bersepah sepah lah taik cicak. Suka hati dia sahaja, disitu makan, disitulah jugak dia berak. Yang aku paling sakit hati, bila kita bercakap atau bersembunyi, suka suka dia berbunyi. Memang geng setan. 

Siap kau! Aku dapat tangkap, maut!!

Kalau masaalah cicak, pun boleh membuatkan manusia berbunuhan. Apatah lagi manusia yang sememangnya suka berbunuhan. Lalu berapa ramai lagi manusia yang akan membela cicak? Aku cuma nak bagi tau, orang pas lah yang pertama berdebat dengan aku pasal cicak. 

Jika anda nak mempertahan hak asasi cicak, itu hak kamu lah. Yang aku tau, cicak ini amat mudah membiak. Macamana monyet monyet di kampung ku sekarang ini. Pembiakkan dan populasinya amat memberangsangkan. Satu koloni, satu dominannya mampu melebihi 50 ekor. Kemungkinan, bila sudah terlalu banyak, tidak mustahil, sekiranya koloni tersebut pun ada parti. Demontrasi akan berlaku untuk meminta hak penempatan dan hasil perkebunan kita. 

Manusia ini akan terus membuka dan meneroka setiap inci tanah di bumi ini. Jadi, kaum berok dan monyet ini akan memperjuangkan haknya. Bayangkan kalau PR = Puak Rimba berkuasa nanti, siapa yang akan jadi monyet dan siapa monyet sebenarnya! Aku cuma nak cakap, cicak pun ada yang jadi ahli pas dan tak mustahil monyet pun adalah kroni PR.

Misteri ini hanya sekedar renungan sahaja.

Negara kita adalah tanggung jawab kita. Mengapa mencampuri urusan negara lain? Rumah tangga jiran kita pun, tidak sewenang wenangnya kita dibenarkan mencampurinya. 

Mengapa tidak memperbetulkan diri sendiri sebelum menasihatkan orang lain?

Dimanakah akidah kita sebenarnya?

JAGALAH AKIDAH KITA. 
POLITIK MANA ADA AGAMA!!
KITA YANG MENENTUKAN, 
MENGKIBLATKAN PERJALANAN KEHIDUPAN INI.....

Friday, February 4, 2011

PAS JAHILIAH

foto untuk hiasan sahaja

MR BEAN KACANG ANTU


MAHPUS BAKAL PRESIDEN MES SIR

Demontrasi! Waow! Di Mesir, demontrasi aman bertukar ganas. Di Malaysia ni, tak boleh ke kita buat gitu? Bukankah lebih baik dia orang tu, ramai ramai pergi ke Mesir. Peluang untuk menjadi Presiden Mesir menggantikan Hosni Mubarak. Kuasa Rakyat, Ketuanan Rakyat. 

Pelik! Sokong demontrasi di Mesir untuk gulingkan Presiden. Tak lama lagi fanatik PAS pun akan guling guling kat atas jalan, nak gulingkan keling pariah! 

Yang ini pulak, aku ketawa terpaksa guling guling sakit perut. Bukan lawak pun. Biar buat bodoh, jangan tunjuk kebodohan. Kalau ko puak Pas nak sokong rakyat gulingkan Presiden Mesir tu, yang korang berdemo, menjerit sakan memfitnah kerajaan jahiliah lembab, nak diselamatkan pun bayar tambang dan makan. Percuma la, totok! Rakyat tu Cuma mahukan Presiden Hosni Mubarak, meletakkan jawatan. Yang korang Pas, loktang macam binatang kenapa? Tak payah susah susah balik ke Malaysia nak tengok demo PR. Dengan menyokong pendemo di Mesir, cakap jer anak orang Pas, tunjukkan pasport korang, tentu dia orang tabik anda, sebab kaum keluarga korang anak beranak pembangkang menyokong anti Mubarak.

Lawak bodoh giler! Ada ke patut suruh PM Malaysia sokong rakyat Mesir? Sokong gulingkan Presiden. Ada akal ke? Hilang akal! Mencampuri urusan negara orang! Cita cita dan angan angan Pas Mahpus nak gulingkan PM, ala Mesir. Sebab itu aku calunkan Mr Bean ni bakal Presiden Mesir. Keling pariah hindraf bakal mengepalai, dapig membontoti, dan hang pas, tukang kipas jer, tak payah susah susah demo. Tak tau penat ke. Biorlah puak lain pulak. Adegan yang seronok dilihat. Tengok Pas jadi ketuanan Isle. PAS JAHILIAH. Penyokong Pas, jahiliah ganda 23. Siap marah Amerika mencampuri urusan negara orang. Kapiaq betul la, mahpus ni!

Lihatlah sendiri. Dari sebelum merdeka, hendak merdeka dan selepas merdeka, siapa yang mengiktiraf perjuangan Melayu Islam? Mengapa tragedi 13 mei berlaku? Jelas pun, Pas memang sekongkol dan pencacai Dap. Pas jahiliah. 

Ingat Pas, ingat kapir. Ingat Pas, ingat maksiat. Ingat Pas, ingat jahiliah....

Ingat Pas, ingat banjir. Ingat banjir, ingat Pas. Ingat kapir, ingat Pas.

Ingat! Sendiri mau ingat! Masihkah kau ingat.....

Thursday, February 3, 2011

BANJIR MELANDA LAGI.....

KONG HEE FAT CHOY

SELAMAT TAHUN BARU CHINA
SELAMAT MENYAMBUT BANJIR
 


BENCANA ALAM BERPUSING DAN MELANDA LAGI

Peringatan demi peringatan Allah turunkan.

Pembalasan dan malapetaka berulang ulang memperingatkan umat manusia.

Hanya kematian mengakhiri segala penantian dan penderitaan.

Banjir berulang, berpusing pusing tempat, pusat pemindahan, negeri dan parti perintah. Istilah bencana alam, bukan istilah bercinta, biarpun sengsara terpaksa diharungi jua. Banjir telah dan akan terus melanda selagi ada hujan dari langit. Selagi air terus mengalir dari tempat tinggi ke kawasan rendah. Apa apa pun, seandainya aku tersilap, tolong ketawakan. Boleh gitu! Aku pun bukan pakar. Aku sememangnya bukan apa apa pun. Oleh kerana dah ada blog sendiri, aku terpaksa isi, aku terpaksa tulis dan aku terpaksa buktikan yang aku memang penulis. Biar betul! Apa punya bangang, aku terpaksa? Siapa suruh buat blog? Dah bayor streamyx. Dah beli broadband. Apa lagi, enjin google pun dah stand by. 

Membaca tulisan para blogger. Dari dulu hingga hari ini, penceritaan, pemberitaan dan pemfitnahan bagaikan berulang alik di muat naik. Yang telah pergi, muncul kembali penulis blog baru. Yang sudah ketandusan ilham, terganti jua oleh penulis upahan totok yang tambah totoknya. Namun ada juga yang bangkit dengan identiti yang tersendiri. Tidak kurang juga yang menyendiri kerana sememangnya terasing terpaksa membawa diri. Macam aku, keasingan dalam duka. Hidup ini kerana bernyawa! He, he! Set! 

Banjir lagi! Hujan yang berpanjangan, sesekali lebat, renyai, lebat lagi, awan putih diawan sudah tiga hari berlalu. Esoknya mendung. Hujan sesekali. Hari ini panas terik. Tiba tiba, air mula naik, naik dan terus naik! Yang aku tahu, kalau sampai kat atas dapur, orang rumahku masak air nak buatkan susu untuk anakku. Kopi untukku. Tapi air ini naik ke lantai simen rumah, hilang tikar getah, tenggelam buku lali! Waaaa, banjir lagi ni macam tahun 2006/2007. Kat Tenang, Segamat sudah berlalu, BN menang lagi. Banjir mula surut tetapi melalui dan melimpah pula ke kawasan dan daerah lain. 
Banjir di Segamat foto Bernama
Banjir kini melanda berpusing di Negeri Johor,Batu Pahat bakal  mengalami 'Banjir Bertenang"

Laaaaaa, aku dah tak tau nak tulis apa lagi. Air terus naik. Peduli apa dengan blog. Besok, besok boleh sambung. Air terus mengalir masuk, naik dan terus naik. Selagi sempat, baik aku tulis dulu. PC ni bukan kena air pun. Air ini, sebenarnya datang dari mana? Orang PAS cakap, orang UMNO tak mandi wajib. Eh! Tak wajib mandi. Orang UMNO cakap, PAS tak pernah mandi! Biar bonar! Yang aku tau, budak sekarang ni, mana pandai berenang. Aku! Nak gaya apa. Kuak lentang, kupu kupu, menyelam sambil minum air, nak mampus! Air kencing tikus. Soalnya, aku dah bosan dengan politik konyol. Cakap tak serupa bikin! Dah tau banjir tu, pindah ajelah! 

Itulah sebahagian kekuasaan Allah. Politik tu, setakat mengkafirkan umat, bongok! Allah menguji umatnya, reti bersabar atau tidak. Bagi kekayaan, reti bersyukur, apa nggak? Udah miskin, papa kat dana, dana kebajikan, reti bersujud ke tidak? Ini baru diuji, kalah dan terus kalah, udah hilang kawan, hilang akal, hilang pedoman. Hei! Berapa banyak hilang laaaa! Buang aje laaa! Buang kawan, buang saudara, buang bangsa, buang agama, hoi! Buang tebiat la tu! Padan muka aku! Huwaaaa!

 Mereka, rakyat Malaysia yang berada di Mesir sibuk dipindahkan, dari Mesir ke Jeddah.

Orang PAS hanya pandai mengamuk, nak jadikan Malaysia macam Mesir jugak. 
Ramai orang PAS yang berada di Mesir minta diselamatkan, minta dibawa pulang segera.

Orang PAS hanya tahu mempergunakan kerajaan jahiliah untuk menyelamatkan dirinya. Menyalahkan semua orang dan pemimpin UMNO.

Berita lanjut BACA SINI

Pindah lagi. Makan nasi kawah. Tidur kat dewan. Mengharapkan bantuan. Kalau kat mesir, tidur kat dataran Tahrir. Banjir darah. Eh, itu kan kat medan Tian nan men. Kenapa PAS macam berdoa, supaya berlaku kat Malaysia? Dasar totok kawarij. Gila kuasa. Dasar kapir. Macam belondo dibagi tanah. RamPAS terus!! Sikit kasi, banyak mintak! 

Sebenornya, aku taklah marah sangat, cara berpolitik. Lantak kamu le! Negara Pertanian di dunia habis kena cuci, kena samak kut! Tak cukup ke lagi halalnya? Macam mana nak halalkan, asyik main ramPAS je, dah tu bagi kat politik jugak. Berpolitik lagi. Pokok lada dan tanaman kontan aku, habislah. Kena beli kalau nak makan. Banyak weiii, tanaman baru berusia tiga tahun, pokok buah buahan, pokok bunga? Habislah semua. 

Bencana alam, mana kira anda berpolitik apa. Kat mesir tu, kira bencana alam juga ke? Hei, mesti kira, melibatkan orang awam, harta benda weiii! He, he, he! Boleh gitu? Samdol! Kerana politik, tuhan marah. Bila tuhan marah, alamat bencana membawa petaka. Kini segala ujian getir dan malapetaka akan berlaku tanpa amaran dan firasat lagi. Sebab firasat sudah dirasai setiap hari. Hingga lali, bahaya dan derita sedang menanti. 

Wow, air banjir kian meningkat. Hujan tidak, tiba tiba air terus naik ni!

Pindah. Nak pergi daftar ni!